it's about anything. too many to mention...

Wednesday, May 18, 2011

chintya ikut surya saputra berlakon di 'arisan 2'


Pasangan artis Surya Saputra dan Chintya Lamusu bakal terlibat dalam filem garapan Nia Dinata, ARISAN 2. Filem ini merupakan lanjutan dari siri sebelumnya dengan judul yang sama, di mana sebelumnya hanya Surya yang ikut berlakon di sini.

Bagi Chintya sendiri, lakonan bukan pengalaman pertama, meski selama ini lebih banyak konsentrasi karier di dunia nyanyian. Filemnya sendiri dijangkakan akan mulai tayang di pawagam antara Oktober atau November. Seperti di cerita pertama, dirinya akan bersama Tora Sudiro.

Baik Surya dan Chintya menyambut baik dapat bekerja bersama, meski tidak satu frame. Setidaknya banyak kesempatan boleh bersama dan saling belajar.

Chyntia sendiri juga mengaku pernah ada pengalaman bekerja bersama suami, iaitu saat sama-sama tampil di drama muzikal Gita Cinta. Saat itu dirinya saling belajar, kerana di dalamnya ada unsur tari, nyanyi dan lakonan.

0 comments: