Penyanyi berkacamata, Afgan Syah Reza, dituding sebagai penyanyi tak tahu terima kasih. Beliau dianggap telah melanggar kontrak kerja yang sudah disepakatinya dengan label Wanna B Music Production yang sudah berjasa membesarkan namanya. Akibat kesalnya, Afgan dinilai sebagai pembangkang bak Malin Kundang.
Rupanya 'label' Malin Kundang yang disematkan kepada Afgan, sempat membuatnya tak selesa. Ini kerana, Afgan yang memang berdarah Minang, tahu betul kisah di balik Malin Kundang yang memiliki imej buruk.
Tak hanya kelakuan Afgan yang dianggap mendustai pengurusan lamanya. Pihak Wanna B Music Production juga mengaku kecewa saat Afgan mengucapkan kata terima kasih kepada pengurusan barunya, Trinity Optima Production. Padahal, lagu yang berjaya menjadi juara adalah berkat kerja keras Afgan saat di Wanna B Music Production.
Melihat beliau kembali disalahkan ketika salah mengucapkan terima kasih kepada pengurusannya, Afgan kembali memberikan penjelasannya.
Menurut Afgan, apa pun kesalahan yang pernah beliau buat, semua dapat diselesaikan dengan cara baik-baik tanpa harus melalui jalur undang2.
0 comments:
Post a Comment