Duet penyanyi Indonesia, Anang - Ashanty mempromosikan album barunya Jodohku di Kuala Lumpur, Malaysia, semalam. Mereka berharap penjualan CD dan RBT lagunya boleh bagus di negara Jiran itu.
Anang berharap album ini dapat menarik hati peminat dan berdoa agar kemesraan dalam album yang terjalin antara dia dan Ashanty dapat diterima oleh semua peminat muzik di Malaysia.
Secara umum, lagu-lagu dalam album ini berbicara tentang perjalanan cinta sepasang kekasih yang harus menentukan pilihan.
Namun berbeza dengan album Anang sebelum ini yang terkesan sedih-sedih ataupun kental dengan berirama pop, tapi dalam album dengan Ashanty ini lebih berwarna kerana juga ada sejumlah lagu yang beriramakan dangdut dan jazz.
Sedangkan lagu yang dijangkakan bakal hit di Malaysia di antaranya berjudul Jodohku.
Menurut Anang, lagu ini mempunyai chorus yang bagus dan enak untuk didengar dan menariknya adalah Ashanty turut juga terlibat dalam penciptaan lirik Ashanty pun membenarkan pengakuan Anang tersebut bahawa dirinya turut terlibat dalam penciptaan lirik lagu Jodohku itu.
Lagu-lagu lain yang ada dalam album tersebut adalah Berartinya Dirimu, Bidadari Pujaan, Kekuatan Hati, Makin Aku Cinta, Cinta Ini Merubahku, Rindu Ini dan Sumpah Hati.
Ketika ditanya berapa target penjualan CD album ini, Anang tidak boleh menjangkanya kerana sekarang ini masyarakat boleh mendapatkan lagu-lagunya di internet.
0 comments:
Post a Comment