it's about anything. too many to mention...

Monday, August 22, 2011

dhani ajukan pk soal hak asuh dan sepencarian


Kes perseteruan antara pemuzik Ahmad Dhani dan bekas isterinya Maia Estianty akan kembali berlanjut di meja undang2. Ini kerana bos Republik Cinta Manajemen (RCM) itu mengajukan PK (Peninjauan Kembali) atas kes perebutan hak asuh ketiga2 anaknya, Al, El dan Dul serta masalah harta sepencarian yang sudah diputus Mahkamah Agung.

Acuan hakim dianggap tidak benar menuliskan Surat Edaran Mahkamah Agung (SEMA). Hakim menyebutkan tarikh diterbitkannya surat dan bukan nombor Sema-nya. Hakim menuliskan SEMA 31/P/1959 19 Januari 1959 tentang surat kuasa khusus, padahal seharusnya SEMA No. 2 tahun 1959 kalau merujuk dari tarikhnya. Sema itu dinilai sudah basi, dan sebenarnya sudah diperbarui dengan SEMA No.6 Tahun 1974.

Namun apa pun, pihak Dhani menilai bahawa keputusan MA dianggap salah kerana menggunakan acuan yang salah dan basi. Hal itu yang dijadikan novum (bukti) baru, sehingga pihaknya kembali menggugat keputusan yang sudah memenangkan Maia.

Material yang harus dibetulkan menurut Tegus adalah masalah keputusan harta sepencarian dan hak asuh anak. Mahkamah seharusnya tidak memberi keputusan tentang dua hal di atas, kerana permintaan Maia hanya masalah perceraian saja. Secara material tidak berbicara soal dua hal tersebut di atas.

0 comments: