it's about anything. too many to mention...

Wednesday, August 3, 2011

ini dia formasi baru garasi band


Band Garasi akhirnya menemui pengganti Ayu Ratna - vokalis, gitaris, plus penulis lagu yang memilih keluar pada tahun 2009 lalu. Dua anggota tersisa yakni Fedi Nuril (gitar, keyboard) dan Aries Budiman (drum) tak mahu sepi begitu saja. Kedua2nya pun mengadakan uji bakat yang mencapai ratusan peserta.

Uji bakat tertutup itu diakui mereka cukup memenatkan. Ada sekitar 200 peserta yang berlumba ingin menjadi vokalis Garasi. Namun uniknya, yang terpilih dan terbaik justeru bukan datang dari proses uji bakat ini. Vokalis terpilih kali ini juga bukan perempuan seperti Ayu, melainkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dikenal dengan nama Higin.

Higin sendiri adalah peminat Garasi. Beliau juga merupakan rakan muzikal Aries Budiman asal Sukabumi yang memiliki gaya vokal androgyny (maskulin dan feminin) dan piawai mencipta lagu. Beliau adalah senjata baru Garasi sekaligus jambatan penghubung antara peminat lama dengan peminat baru mereka nantinya.

Higin sendiri merespon aspirasi rakan sebandnya dengan sebuah harapan.

Pembaruan lainnya, jika dulu Garasi dikenal sebagai trio kini mereka sepakat menjadi kuartet dengan mengangkat Wembri sebagai pemain bass sekaligus pencipta lagu. Beliau bukan orang baru lagi bagi Garasi, selain ikut rakaman sejak album Garasi II, lelaki 29 tahun itu juga tampil di berbagai konsert Garasi formasi terdahulu.

Hebatnya lagi, Fedi dan Aries memberi kepercayaan yang sangat besar kepada dua orang anggota baru ini untuk memimpin arah muzikal Garasi yang lebih segar dan menjanjikan. Keadaan yang sangat jarang ditemui di band-band lain mana pun tentunya, di mana lebih dari 90% material album KEMBALI diciptakan oleh penghuni baru Garasi.

0 comments: