Selepas menonton filem 5 ELANG, artis Zaskia Adya Mecca mengaku rindu menjadi pengakap, dibanding kerinduannya untuk kembali ke dunia lakonan, yang sudah sekian waktu ditinggalkannya.
Maklum filem arahan pengarah Rudi Soedjarwo itu memang berkisah tentang pengembaraan 5 anak dalam sebuah kegiatan perkhemahan Pramuka.
Zaskia yang ditemui selepas menyaksikan premier filem 5 ELANG di XXI Gandaria City, Jakarta Selatan, semalam itu, merasa menikmati kariernya, yang kini berada di balik layar. Setelah menyaksikan filem 5 Elang, dirinya menjadi semakin dimotivasi untuk mencari bibit pelakon yang bagus seperti dalam filem tersebut.
Isteri pengarah Hanung Bramantyo itu tidak banyak membintangi filem, kerana memang belum menemui cerita yang tepat. Seiring kesibukannya, membantu suaminya di balik layar, ibu satu anak ini lebih tertarik memperdalam pengalaman dan mencari ilmu pengarahan.
0 comments:
Post a Comment