it's about anything. too many to mention...

Wednesday, September 28, 2011

afgan tergugah lihat semangat pesakit kanak2


Saat mengunjungi RS Kanker Dharmais untuk menghibur pesakit kanak-kanak di sana, Afgan Syah Reza merasa terketuk hatinya. Ini kerana penyakit yang mereka derita cukuplah berat dibandingkan umurnya, namun masih memiliki semangat yang tinggi.

Dari pengalaman ini, membuat Afgan bersyukur. Dia sendiri merasa tergugah ketika melihat paras wajah mereka yang memunculkan secercah semangat dalam hidupnya.

Afgan mengungkapkan bahawa dirinya tak ada kegiatan selepas menghadiri Inbox Awards 2011 Ahad lalu. Dan dia mengiyakan saat didaulat untuk turut hadir di sini. Berbagai kegiatan juga diikuti olehnya sambil bersembang dengan anak-anak tersebut.

Kanak-kanak tersebut juga membuat penampilan bersama Afgan dengan menyanyikan lagu d Masiv yang berjudul Jangan Menyerah. Afgan sendiri juga menyumbangkan lagunya berjudul Terima Kasih Cinta.

0 comments: