Seperti dikutip dari ANTARA, Luna Maya datang dengan mengenakan busana muslimah jenis kaftan tiba di rutan pukul 6.10 pagi menggunakan kereta Alphard hitam bernombor pendaftaran B261 UNA. Bintang CINTA SILVER tersebut hanya melempar senyum tanpa bersedia diwawancara. Sedangkan kekasih Luna Maya, Ariel yang mengenakan baju koko warna putih itu mengikuti Solat Ied di Rutan Kebon Waru Bandung di jajaran saf ke-11 dari 12 saf yang ada.
Ariel pun tidak boleh diwawancara oleh jurnalis2 disebabkan kerana adanya peraturan dari Direktorat Jenderal Pemasyarakatan RI. Pada kesempatan itu, Kepala Rutan Kebon Waru Wahid Husein menyatakan permintaan maafnya kepada wartawan bahawa tidak ada sesi wawancara dengan Ariel Peterpan meski banyak orang ingin tahu mengenai kegiatan Ariel di hari lebaran ini.
0 comments:
Post a Comment