Berkali-kali dikhabarkan akan menikah, berkali-kali pula menyangkal. Inilah yang terjadi pada pasangan selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt. Tapi kali ini mungkin sedikit berbeza, kerana Pitt mulai bimbang dengan hubungan tanpa pernikahan yang dijalaninya.
Ketika hadir dalam acara bincang-bincang bersama Ellen DeGeneres, aktor ini memberi pendedahan bahawa mungkin pernikahannya dengan Jolie akan dilaksanakan lebih cepat dengan apa yang sudah dijangkakan.
Sebelum ini, pasangan yang bertemu dalam filem MR AND MRS SMITH ini berjanji tak akan menikah sampai pernikahan gay dilegalkan di Amerika. Namun rupanya, ke enam2 anak mereka tak sabar menunggu hal ini terjadi.
0 comments:
Post a Comment