it's about anything. too many to mention...

Thursday, September 22, 2011

kes memiliki kokain paris hilton ditutup


Kes dadah yang melanda Paris Hilton rupanya tak perlu berbelit-belit dan bertambah panjang seperti rakannya Lindsay Lohan. Kerana dianggap 'menurut', kes memiliki kokain Paris ditutup.

Bicara yang diadakan Selasa pagi di Vegas menyebutkan bahawa socialite ini telah menyelesaikan hukuman layanan masyarakatnya dengan baik. Atas memiliki kokain, Paris diharuskan menjalani 200 jam layanan, yang sudah diselesaikannya, ditambah ekstra 8 jam.

Pewaris takhta Hotel Hilton ini mendapat masalah ketika berduaan di kereta bersama bekas kekasihnya, Cy Waits, Ogos tahun lalu. Saat itu, seorang polis mendekati kereta Waits kerana curiga dengan asap berbau ganja yang keluar dari keretanya.

Hilton sempat mengelak dan meminta izin untuk masuk ke Wynn Las Vegas yang membuatnya menjatuhkan sekantung kokain dari beg tangannya. Kerana memiliki kokain ini, Paris harus menjalani hukuman layanan masyarakat termasuk membersihkan najis anjing dan mengecat dinding yang penuh grafiti.

Gadis cantik ini tak tampak hadir dalam bicara ini, namun peguamnya menyatakan bahawa pihaknya meminta hukuman percubaan dihentikan dan kesnya ditutup. Hal ini dikabulkan oleh hakim, setelah Paris membayar denda $2, 000 dan menyelesaikan program ujian dadah lengkap.

0 comments: