it's about anything. too many to mention...

Friday, September 30, 2011

pernikahan demi moore - ashton kutcher berakhir?


Sekali lagi rumah tangga pasangan selebriti Ashton Kutcher dan Demi Moore digoncang isu tak sedap dengan perkara yang kurang lebih sama. Kedua2 selebriti ini dikhabarkan berpisah kerana kecurangan yang dilakukan Ashton!

Berita ini pertama kali terdengar dari sebuah media AS yang cukup ternama, RadarOnline. Media ini mengatakan bahawa aktor yang berusia 15 tahun lebih muda dari isterinya ini bermesraan dengan seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kelab malam di San Diego, Jumaat lalu.

Mereka juga menyatakan bahawa nama 'wanita lain' ini sudah berada di tangan mereka. Hanya saja, mereka memilih untuk tidak menyebarkannya. Kerana berita ini, wanita ini khabarnya sedang sibuk meminta pendapat ahli undang2 untuk mengembalikan nama baiknya.

Berita yang dilansir RadarOnline ini menjadi lanjutan dari berita yang disebarkan oleh majalah Star. Beberapa saat yang lalu, Star menyatakan bahawa mereka akan mengabarkan keretakan rumah tangga Demi dan Ashton, yang akhirnya benar-benar berakhir gara-gara kecurangan aktor ini.

0 comments: