it's about anything. too many to mention...

Monday, September 12, 2011

suri cruise pakai lipstick merah menyala


Walau masih berusia 5 tahun, rupanya Suri Cruise sudah boleh menyaingi kedua2 orang tuanya, Tom Cruise dan Katie Holmes. Sering disorot kerana pilihan busananya yang cantik, kali ini Suri kembali menjadi pusat perhatian.

Selama ini, Suri sering mendapat pujian mahupun kritikan dengan penampilannya. Sebahagian memujinya kerana selera fashion yang tinggi walaupun dirinya masih berusia 5 tahun. Hal inilah yang juga menimbulkan kritikan pedas, kerana beberapa orang menganggap Suri berdandan jauh lebih dewasa dari umurnya.

Dan kali ini Suri berjaya menjadi perbincangan, kerana gadis kecil ini ditangkap kamera mengenakan lipstick berwarna merah menyala kala berjalan-jalan di New York. Senada dengan make up yang dikenakannya, Suri mengenakan gaun biru gelap, topi pink dan scarf pink. Tak ketinggalan, Suri mengenakan sepasang kasut balet perak dan beg bergambar Little Mermaid.

Ini bukan pertama kalinya gadis kecil ini mengenakan lipstick merah menyala. Pada Februari 2010 lalu, selebriti kecil ini juga mengenakan make up serupa ketika makan malam bersama ibunya.

0 comments: