Dengan kekayaan dan glamor yang dimilikinya, nampaknya akan mungkin jika Victoria Beckham boleh mendapatkan apa pun yang diinginkannya. Namun ternyata tidak, ada satu keinginan kecil yang justeru takkan didapatkannya selama membina rumah tangga dengan David Beckham.
Bekas penyanyi yang baru saja melahirkan anak ke empatnya ini menyatakan bahawa sebenarnya dirinya ingin memelihara kucing, walaupun sudah ada dua anjing peliharaan keluarganya, Coco dan Scarlett. Namun niatnya ini terpaksa dibatalkan kerana suaminya tak mengizinkannya.
Namun, larangan David ini bukan kerana rumah mereka sudah ramai dengan tiga budak dan satu bayi, Brooklyn (12 tahun), Romeo (9 tahun), Cruz (6 tahun) dan bayi Harper Seven. David justeru khuatir rumah mereka akan 'tercemar' kerana kucing suka membawa tikus hasil buruan mereka ke rumah.

0 comments:
Post a Comment