it's about anything. too many to mention...

Monday, October 31, 2011

abang madonna tak mahu direhab


Abang kandung Madonna kebelakangan ini menjadi perbincangan di berbagai media. Ini kerana, sungguh ironik, sementara Madonna adalah seorang penyanyi dengan rumah mewah dengan keperluan yang mencukupi, dan abangnya sudah setahun ini hidup dengan menjadi pengemis. Madonna mengaku sudah cukup memerhatikan abangnya itu.

Bermasalah dengan ketagihan alkohol, abang kepada penyanyi Frozen ini seharusnya perlu dipulihkan. Madonna mengaku sudah pernah mencuba menolong abangnya untuk masuk ke pusat pemulihan, namun lelaki bernama Anthony Ciccone ini merasa bahawa dia memerlukan lebih dari sekadar pemulihan.

Lelaki 55 tahun ini merasa tidak dipedulikan oleh keluarganya yang terlalu sibuk dengan kehidupan mewah mereka. Madonna memang pernah mencuba menolong abangnya ini enam tahun yang lalu. Madonna membayar biaya pemulihan selama dua bulan di sebuah pusat pemulihan di Texas. Namun sayang sekali ternyata usaha tersebut tidak berhasil. Ciccone tidak berusaha untuk sembuh.

0 comments: