it's about anything. too many to mention...

Tuesday, October 4, 2011

bunga citra lestari selalu terfikirkan noah


Sejak dikurniakan seorang anak, kehidupan Bunga Citra Lestari menjadi sangat berbeza. Kini dia mulai merasakan indahnya menjadi ibu. Penyanyi yang sedang menyiapkan single terbarunya Wajahmu Ingatkan Aku tersebut bahkan mengungkapkan bahawa apa pun yang dia lakukan tidak akan pernah lepas dari buah hatinya, Noah.

Selanjutnya, isteri Ashraf Sinclair tersebut juga mengaku sudah membiasakan diri untuk hidup berkeluarga. Walaupun rutinnya tentu berbeza dengan ketika dirinya masih solo dulu, namun Bunga terlihat sangat menikmati kehidupannya.

Berkaitan dengan kesibukannya sebagai artis, pelakon dalam filem SAUS KACANG tersebut mengungkapkan bahawa dirinya masih boleh membahagi waktu. Wanita yang baru-baru ini memutuskan kembali ke dunia hiburan tersebut telah memiliki rancangan agar waktunya bersama buah hati tidak terganggu.

0 comments: