Fadly, penyanyi group muzik Padi, yang juga Duta Baca Nasional, mengungkapkan dirinya dan anggota yang lain, memiliki hobi gemar membaca. Kerana dari membaca dapat memperkaya kreativitinya dalam bermain muzik.
Dalam acara tersebut, Fadly tak sendiri. Beliau ditemani rakan satu groupnya, pemain bass Rindra, serta Dwiki Dharmawan, penata muzik dan pemain keyboard group jazz legenda Indonesia, Krakatau.
Andi Fadly Arifuddin, demikian nama lengkap Fadly, mengaku gemar membaca buku-buku sejarah dan agama. Rindra Risyanto Noor, yang anak asli Balikpapan, adalah peminat buku-buku fiksyen, termasuk komik, sekaligus juga buku-buku ketuhanan.
Sedangkan Piyu, gitarisnya, menggemari buku-buku filosofi, sementara drummer Yoyo adalah peminat buku-buku biografi. Membaca membantu mereka dalam proses kreatif bermuzik.
Dalam acara tersebut, diiringi Rindra dan Dwiki, Fadly menyanyikan lagu Sahabat Selamanya, lagu tema siri drama asal Malaysia yang disukai anak-anak Upin dan Ipin, dan lagu baru Padi yang berisi ajakan untuk gemar membaca.
0 comments:
Post a Comment