it's about anything. too many to mention...

Wednesday, October 12, 2011

foto baru mayat michael jackson tersebar lagi


Peminat2 mungkin sempat shock melihat foto Michael Jackson sesaat sebelum kematiannya beberapa waktu yang lalu. Kali ini, sebuah foto baru dihadirkan di perbicaraan, yang tak kalah mengejutkannya.

Hakim dan juri diperlihatkan sebuah foto yang menampilkan mayat King of Pop ini, yang terlihat sangat kurus, yang diambil sehari setelah kematiannya, sebelum bedah siasat diadakan. Tercatat ini adalah kali kedua foto Michael yang sebelum ini disimpan rapat, diperlihatkan pada umum.

Dr Christopher Rogers, Los Angeles Deputy Medical Examiner, menyatakan bahawa penyanyi dengan tinggi badan 5 kaki 9 inci ini sebenarnya sihat ketika meninggal.

Kerananya Dr Rogers menyatakan bahawa kematian Michael disebabkan oleh keracunan Propofol, yang disuntikkan dengan dos berlebihan ke tubuhnya. Doktor ini juga meragukan kenyataan Dr. Conrad Murray, doktor peribadi Michael yang menjadi suspek, yang menyatakan bahawa Michael menyuntikkan propofol sendiri ke tubuhnya ketika ditinggalkan selama 2 minit ke toilet.

Rogers menyatakan bahawa dengan waktu sesingkat itu, Michael tak mungkin sempat menyutikkan dos berlebihan ke tubuhnya, yang membuatnya kehilangan nyawa.

0 comments: