it's about anything. too many to mention...

Monday, October 17, 2011

glenn frely merasa terhormat berduet bersama gigi


Konsert Harmoni Karya Terbaik Gigi, tak hanya menampilkan penyanyi-penyanyi yang memiliki talent dan skill dalam bermuzik. Seperti Ayu Ting-Ting, Sammy Simorangkir, Raisah dan Dewi Gita yang ikut menyemarakkan konsert itu.

Penyanyi Glenn Fredly pun ikut serta dalam konsert harmoni yang menampilkan lagu-lagu terbaik dari Gigi selama 17 tahun berkibar di dunia muzik Indonesia. Alunan lagu Cinta Terakhir milik Gigi, dibawakan oleh Glenn dengan sangat menjiwai dan penuh perasaan.

Selepas menyanyikan lagu yang menjadi salah satu soundtrack filem BROWNIES itu, Glenn mengaku sangat menyukai lagu tersebut, dan termasuk sebagai salah satu lagu favoritenya. Namun bekas suami Dewi Sandra ini, mengaku baru pertama kali menyanyikan lagu Cinta Terakhir dengan balutan muzik orkestra.

Aksi pentas Glenn dan Armand yang bercampur dalam membawakan lagu Terbang menambah suasana semakin meriah, mana kala Glenn mengaku baru pertama kali berduet dengan band Gigi yang diiringi oleh sentuhan muzik orkestra. Menurut Glenn, berduet dengan band sebesar Gigi, adalah suatu kehormatan besar untuk dirinya.

0 comments: