it's about anything. too many to mention...

Thursday, October 6, 2011

katy perry jadi nenek!


Katy Perry nampaknya memang 'ratu metamorfosis'. Setelah menjadi alien dan kutu buku, kali ini Katy menjadi seorang nenek!

Penampilan terbaru penyanyi cantik ini terlihat ketika Katy melakonkan sebuah adegan untuk video klip terbarunya, The One That Got Away, yang tentunya sangat mencengangkan bagi peminat2. Ini kerana, cover untuk lagu ini menampakkan Katy yang sangat berbeza, cantik dengan rambut pink dan dandanan retronya.

Namun, dalam foto yang beredar, Katy nampaknya 180 darjah berubah. Wanita yang biasa tampil super seksi ini memperlihatkan seorang yang renta, dengan wig putih, gaun kuno, dan make up tua dengan wajah yang keriput.

Plot untuk video klipnya sendiri masih belum terungkap. Namun beberapa sumber menyatakan bahawa nampaknya Katy akan mencuba menghadirkan proses flashback yang penuh kenangan, seperti judul filemnya.

0 comments: