it's about anything. too many to mention...

Tuesday, October 4, 2011

kecewakan peminat, rihanna minta maaf


Peminat setia Rihanna sempat dikecewakan ketika bermaksud menonton konsert idolanya tersebut. Ini kerana, mereka terpaksa menunggu hingga dua jam lantaran penyanyi lagu Umbrella tersebut terlambat datang pada konsertnya yang diadakan di Belfast, Ireland Utara pada Khamis malam lalu.

Sebagaimana dilansir dari contactmusic, saat itu Rihanna memang harus tampil dalam tiga show berturut-turut. entah kerana masalah teknikal apa, akhirnya dia pun terlambat menghadiri konsert yang diadakan di Arena Odyssey tersebut, sehingga peminat yang hadir di sana terpaksa dibiarkan menunggu.

Akibat kejadian tersebut, beberapa peminat yang sempat kesal pun mencurahkan isi hati mereka melalui twitter. Salah satu posting bahkan menyebutkan dengan detail bahawa Rihanna telah terlambat selama 1 jam 45 minit. Namun demikian, peminat2 tersebut masih dengan setia menunggu Rihanna.

Setibanya di lokasi konsert, penyanyi lagu Take a Bow tersebut langsung mohon maaf atas keterlambatannya. Dia pun berterima kasih kepada semua peminat atas pengertian mereka sehingga masih bersedia menunggu hingga dia datang. Permintaan maaf tersebut masih disambung lagi melalui laman web micro-blogging Rihanna.

0 comments: