Perbicaraan lanjutan kes Michael Jackson yang diadakan Jumaat semakin memanas. Berdasarkan kesaksian salah satu ahli medik yang hadir dalam perbicaraan, ada kemungkinan bahawa Michael dengan sengaja telah mencabut aliran infuse sehingga menyebabkan kematiannya sendiri.
Dilansir dari contactmusic, perbicaraan yang diadakan Jumaat lalu memang diagendakan untuk mendengarkan kesaksian undang2 dari pihak pembela Dr. Conrad Murray, doktor peribadi Michael yang dituntut kerana dianggap lalai dalam menangani pesakit sehingga menyebabkan hilangnya nyawa.
Namun, kesaksian yang menyatakan bahawa Michael sendiri yang 'bersalah' atas kematiannya tersebut tidak membantu. Pihak penuntut tetap bertegas bahawa kesaksian tersebut bukan pembelaan kuat. Ini kerana, dia dianggap lalai dengan memberikan dose propofol berlebihan untuk penyanyi lagu Thriller tersebut.
0 comments:
Post a Comment