Salah satu penyebab Kim dan Kris hidup terpisah tentunya adalah jadual kerja bintang reality show yang gila-gilaan ini. Hasilnya, Kris hampir tak dapat bertemu isterinya kerana Kim 'disandera' pekerjaannya.
Seperti dilaporkan majalah Life & Style, Kim dan Kris mulai 'jauh' kerana hampir tak pernah bertemu. Salah satu contohnya adalah ketika Kim harus berkunjung ke Dubai, meninggalkan suaminya di New York, yang lebih memilih untuk menghabiskan malam demi malam berpesta gila-gilaan.
Sejak menikah, memang Kim sama sekali tak mengendurkan jadual pekerjaannya. Hal ini tentunya menjadi masalah terbesar hubungan mereka, terutama kerana Kim harus 'keliling dunia' demi mengurus bisnesnya.
Perpisahan ini pun nampaknya akan semakin parah, kerana seorang sumber dalam acara reality show, KOURTNEY & KIM TAKE NEW YORK, menyatakan bahawa Kris 'tak ada dalam rancangan ke depan' Kim, termasuk dalam episode-episode akan datang acara reality show ini.
0 comments:
Post a Comment