it's about anything. too many to mention...

Wednesday, October 5, 2011

nama lady gaga dicuri syarikat kosmetik


Selama ini memang nama Lady Gaga sudah identik dengan penyanyi bernama asli Stefani Joanne Angelina Germanotta. Sayangnya pihak Lady Gaga lupa bahawa untuk memastikan tak ada orang yang menggunakan nama ini harus ada pendaftaran trademark. Celah inilah yang dimanfaatkan sebuah syarikat kosmetik untuk mendapatkan untung dari populariti Gaga.

Pihak Lady Gaga sekarang terpaksa harus maju ke mahkamah untuk menggagalkan usaha Excite Worldwide LLC. Syarikat yang bergerak di bidang kosmetik dan aksesori ini menolak mencabut permohonan hak paten yang sudah mereka ajukan ke US Patents and Trademarks Office. Untuk sementara pengajuan trademark untuk nama Lady Gaga dan Lady GaGa Fame memang masih berstatus ditangguhkan namun status ini harus dicabut sebelum Lady Gaga boleh mengajukan saman.

Menurut berita yang dilansir Contact Music, peguam Lady Gaga kini membawa kes ini ke New York Stat Court dalam usahanya menghalangi Excite Worldwide LLC mendapatkan hak atas nama Lady Gaga.

0 comments: