it's about anything. too many to mention...

Wednesday, October 12, 2011

naysila mirdad bergaduh dengan penjahat!


Wataknya dalam drama berjudul DEWA kali ini memang boleh dikatakan beza. Kalau sebelum ini Naysila Mirdad lebih sering berlakon sebagai gadis yang anggun dan feminin, kali ini dia harus berlakon sebagai seorang tomboy yang hobi berkelahi.

Berlakon sebagai Dewa yang memang tomboy ini memang tergolong baru bagi Nay. Namun anak pasangan Jamal Mirdad dan Lidya Kandou ini justeru menganggap hal ini sebagai cabaran. Dia sangat optimis mampu melakonkan watak tersebut dengan baik.

Selanjutnya, Nay juga mengungkapkan berbagai cabaran yang harus dihadapinya untuk melakonkan watak Dewa. Dia mengaku harus melakonkan adegan berkelahi dengan penjahat dan naik motor trail besar yang nampaknya susah untuk ditunggangnya sendiri. Hal itu sangat berbeza dengan kehidupan Nay sehari-hari.

Namun Nay tidak perlu takut untuk melakoni adegan naik motor besar sendirian. Ini kerana, keselamatan Nay sangat terjamin kerana motor yang ditunggangnya tidak ditunggangkannya sendiri melainkan ditarik dengan kereta.

0 comments: