it's about anything. too many to mention...

Monday, October 10, 2011

rossa bahagia tanpa pendamping


Sejak perceraiannya dengan Yoyo Padi pada tahun 2007 silam, penyanyi cantik Rossa tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dirinya akan mencarikan pengganti untuk anak tunggalnya Rizki Langit Ramadhan. Wanita asal Sumedang tersebut bahkan mengungkapkan bahawa dirinya bahagia dengan hidupnya sekarang.

Walaupun mengungkapkan bahawa dirinya bahagia, namun bukan bererti penyanyi lagu Tegar tersebut telah menutup hati pada siapa pun. Saat ditemui dalam acara 'Pantene Hair Tunnel' di Gandaria City, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, Khamis lalu, Rossa mengakui bahawa dirinya tidak akan menolak jika jodohnya datang.

Hanya saja, saat ini Rossa memang belum berfikir ke arah situ. Kesendiriannya selama lebih dari empat tahun, nyatanya masih terubati dengan kehadiran si buah hati yang kini telah menginjak usia lima tahun. Kemungkinan luka akibat perceraian yang dialaminya masih belum sembuh benar.

0 comments: