Video klip We Found Love memang sempat dikritika habis2an oleh aktivis anti-rokok kerana terlalu banyak adegan merokok di video klip arahan pengarah Melina Matsoukas ini. Sekarang, Perancis dikhabarkan melarang penayangan video klip ini di bawah jam 10 malam kerana menganggap aksi Rihanna dalam klip ini terlalu 'panas'.
Video klip berjangka masa kurang lima minit itu memang kontroversi. Selain banyak adegan merokok, Rihanna dan Dudley O' Shaughnessy yang menjadi bintang di klip ini pun banyak melakukan adegan yang berbau seks. Walaupun tak ada bogel mahupun adegan vulgar namun isi dalam klip ini masih dianggap terlalu hot untuk tontonan di bawah umur.
Selain itu Supreme Audiovisual Council of France juga mengkritik pedas yang ditampilkan Rihanna dalam klip We Found Love yang penggambaran di Ireland ini. Selain merokok dan adegan berbau seks, orang2 atasan badan sensor Perancis ini juga mengeluh adegan mencuri di sebuah kedai yang ditampilkan Rihanna di sana.
Sebelum ini, Doreen Reegan dari Ulster Cancer Foundation yang bertempat di Ireland juga sempat menyesali tindakan Rihanna yang nampaknya malah 'mengundang' anak muda untuk memulakan kebiasaan merokok.
0 comments:
Post a Comment