Selain kostumnya yang unik, salah satu hal yang boleh diingat dengan Lady Gaga adalah gerakan tariannya yang ikonik. Namun nampaknya hal ini akan berubah, kerana Mother Monster ini baru saja berpisah dengan koreografernya!
Berita ini berkembang beberapa waktu kebelakangan, yang mengatakan bahawa Gaga tak lagi menggunakan khidmat Laurieann Gibson, koreografer dan creative director yang selama ini menemaninya. Berita ini pun telah disahkan oleh jurucakap Gaga pada Sabtu lalu, bersamaan dengan isu mengenai pertengkaran yang semakin memanas dari masa ke masa.
Berita yang tersebar ini menyebut bahawa perselisihan kedua2nya mula serius dalam video klip Judas. Perselisihan ini disebabkan kerana ketidakselesaan koreografernya atas pengangkatan isu agama dalam lagu dan video klip ini.
Perselisihan ini berlanjutan kala video klip Edge of Glory digarap. Seharusnya Gibson bekerjasama dengan Joseph Kahn, namun perbezaan pandangan membuat kedua2nya tak dipakai dalam klip ini. Hasilnya, video klip ini tak digarap sempurna, hanya menunjukkan Gaga yang menari ke sana ke mari di sebatang jalan kosong.
Walaupun Gibson kembali bekerja bersama Gaga di video klip You And I, perselisihan antara mereka tak dapat dihindari. Kerananya, untuk video klip selanjutnya, Marry The Night, Gaga menggunakan Richard Jackson, yang juga pernah menjadi pembantu Gibson.
0 comments:
Post a Comment