10 Disember nanti Epic Records bakal melahirkan album berjudul Michael. Album ini berisi 10 track milik mendiang Michael Jackson yang belum pernah diedarkan sebelum ini. Nama Dave Grohl dicantum sebagai salah satu penyokong namun pemuzik ini sempat kecewa kerana hasil rakaman yang beliau buat sebenarnya sama sekali tak digunakan di album ini.
Dave Grohl memang tak kecewa pada Michael Jackson. Ini adalah keputusan yang dibuat pihak yang terlibat pelancaran album posthumous ini. Bekas anggota Nirvana ini memang pernah diajak berkolaborasi untuk membuat album berjudul Michael ini. Dave bahkan sudah merakam track drum yang rancangannya akan digunakan untuk lagu I Can't Make It Another Day namun sayangnya track itu sama sekali tak digunakan.
0 comments:
Post a Comment