Setelah sekian lama berusaha sembunyi2 merokok, akhirnya Brad Pitt memutuskan untuk berhenti. Angelina Jolie memang tak melarang Pitt merokok meski beliau tak mahu kalau pasangannya ini merokok di dalam rumah. Yang membuat nekad Pitt bulat memang bukan Jolie. Pitt berhenti merokok kerana anak2nya.
Menurut Contact Music, Zahara dan Shiloh pernah menangkap ayah mereka merokok padahal selama ini Pitt selalu kata yang merokok tak baik untuk kesihatan. Mahu tak mahu Pitt harus berkorban dan bermati2an melawan keinginannya merokok.
Akhirnya Brad Pitt cuba berbagai cara untuk menghentikan kebiasaan buruknya ini. Khabarnya, selain mencuba hypnotherapy, Pitt juga cuba menggunakan gula2 bernikotin dan gula2 mint untuk melawan rasa ingin merokoknya.
Beberapa waktu yang lalu memang pernah dikhabarkan yang Pitt dan Jolie membuat kesepakatan kalau Pitt boleh merokok selama tidak dekat di Jolie ataupun anak2 mereka.
0 comments:
Post a Comment