Pernikahan Ashton Kutcher dan Demi Moore nampaknya masih belum akan berakhir. Ini kerana, Ashton khabarnya baru saja membuat pengakuan dan menyesal, serta berjanji akan memperbaiki diri, termasuk tidak menggunakan Twitter!
Beberapa minggu kebelakangan, rumahtangga Ashton dan Demi sempat digoncang hebat kerana pengakuan seorang gadis yang menyatakan bahawa dirinya baru saja berpesta seks bersama aktor ini di malam ulang tahun perkahwinannya. Sejak saat itu, rumahtangga pasangan selebriti ini diancam bubar, walau sampai saat ini kedua2nya masih tinggal serumah.
Rupanya Ashton benar2 menyesali kesalahan yang dibuatnya dan sangat bersedih betapa dirinya sudah sangat menyakiti isterinya. Demi memperbaiki semuanya, Ashton pun membuat sederet janji yang akan dilakukannya agar dapat tetap bersama Demi.
Beberapa di antara senarai panjang janji ini menyebut bahawa Ashton akan lebih rajin mendalami Kaballah, agama kedua2nya, berhenti menggunakan Twitter, dan tidak menggoda wanita lain. Semuanya dilakukannya untuk mempertahankan keutuhan rumah tangganya.
Sayangnya, janji Ashton ini nampaknya belum sepenuhnya menyembuhkan sakit hati Demi, yang sudah dua kali mengalami sakit hati kerana kecurangan yang dilakukan Ashton.

0 comments:
Post a Comment