Setelah mengharungi bahtera rumahtangga selama enam tahun, pasangan Ashton Kutcher dan Demi Moore akhirnya sepakat untuk bercerai. Rupanya perpisahan itu menjadi hal yang sangat menyakitkan bagi mereka, sehingga kedua2nya sama2 memilih untuk mengasingkan diri sementara waktu.
Dilaporkan oleh Splashnews, Demi Moore telah beranjak menuju Hawaii untuk menawarkan duka yang dialaminya. Walaupun mengaku sangat terpukul dengan keputusannya sendiri, namun Demi selalu berusaha agar tetap kuat menghadapi cubaan itu.
Bukan hanya Demi saja. Ashton pun dikhabarkan selalu mengurung diri di bilik hotel Mondrian, tempatnya menginap di LA. Walaupun dengan berat hati, lelaki yang sebelum ini bertegas mempertahankan rumahtangganya tersebut akhirnya pasrah dengan keputusan isterinya.
Kepasrahan Ashton itu juga khabarnya juga bukan tanpa pertimbangan. Baik Ashton mahupun Demi sebenarnya merasa pernikahan mereka adalah sebuah helah panjang yang cukup memenatkan. Sejak lama, kedua2nya sudah merasakan aroma ketidakbahagiaan yang walaupun akhirnya tidak dapat selesaikan.
0 comments:
Post a Comment