Filem Iron Lady yang dilakukan oleh Meryl Streep rupanya tidak sesuai dengan pemikiran politikus2 yang pernah mengenal Margareth Thatcher, watak utama dalam filem tersebut. Kerananya, filem tersebut banyak dikritik kerana dianggap hanya memikirkan sisi komersial.
Mangsa kritikan pedas itu, tentu saja adalah pelakon watak Thatcher, yang tak lain adalah Meryl Streep. Wataknya dalam filem ini dianggap hanya untuk mencari wang semata. Selain itu karakter Thacher yang dilakonkannya juga sama sekali tidak sesuai dengan kenyataan yang sebenarnya.
Namun demikian, fakta yang terlihat di lapangan ternyata berlainan. Walaupun disebut hanya mencari wang melalui filem ini, namun bintang Sophie's Choice tersebut diketahui telah menyumbangkan honor lakonannya hingga $1 juta untuk keperluan sosial. Namun demikian, kritikan tajam masih juga mengarah kepadanya.
0 comments:
Post a Comment