Selain diminta minum ubat secara teratur, Rihanna juga disarankan mengurangkan berpesta. Doktor khuatir kalau Rihanna sudah terlalu memaksakan diri dan tidak memberi tubuhnya kesempatan untuk beristirehat. Kalau Rihanna tak segera mengurangkan aktiviti, boleh jadi beliau akan lebih sering sakit seperti beberapa waktu yang lalu.
Isnin lalu Rihanna memang sempat dilarikan ke hospital akibat flu yang beliau derita. Bukan kerana apa, pengurusan Rihanna tak mahu mengambil risiko membiarkan flu ini mengganggu jadual konsert yang sudah diatur. Jadual padat ini juga yang membuat doktor yang merawat Rihanna merasa prihatin.
Konsert di Malmo, Sweden, Isnin lalu memang terpaksa harus ditunda lantaran Rihanna menderita flu teruk dan harus dirawat di hospital.
0 comments:
Post a Comment