Keseriusan Victoria Beckham dalam dunia fesyen nampaknya sudah mula mendapatkan hasilnya. Pada 28 November kelmarin, Victoria berjaya menyebat gelaran Designer Brand of the Year mengalahkan pesaing2nya seperti Tom Ford, Burberry, dan Stella Mccartney.
Dalam sambutannya, isteri David Beckham ini mengucapkan terima kasih kepada industri fesyen London atas sokongannya. Selain itu, Victoria Beckham juga berterima kasih kepada Simon Fuller, anak2nya, orang tuanya dan tentunya suaminya tercinta, David Beckham.
Hilary Alexander dari The Daily Telegraph mengungkapkan melalui akaun twitternya bahawa Victoria sempat menangis saat menerima penghargaan itu.
0 comments:
Post a Comment