Walaupun sempat mengaku trauma melahirkan, namun Wulan Guritno berjaya melahirkan anak lelaki pertama sekaligus anak ketiganya dengan selamat. Bahkan isteri Adilla Dimitri tersebut mengaku tidak merasakan sakit saat melahirkan Jeremiah Alric Dimitri Putra pada Sabtu lalu.
Walaupun proses persalinan sempat memakan waktu yang lama, namun semuanya berjalan lancar. Bahkan sejak kelahiran anak ketiga Wulan ini, segala trauma yang pernah dialaminya seolah sirna. Lebih2 lagi pasangan Wulan dan Adilla memang telah lama menginginkan anak lelaki.
Selanjutnya, Adilla juga mengaku bahawa Wulan dan keluarga telah menginap di hospital sejak jauh2 hari. Hal itu dilakukan untuk mengatasi segala kemungkinan yang boleh terjadi selama proses kehamilan. Namun pihaknya bersyukur kerana anak yang mereka harapkan hadir ke dunia dengan selamat. Wulan juga mengungkapkan bahawa dirinya rajin melakukan check di hospital.
0 comments:
Post a Comment