Pemuzik dan pencipta lagu, Anang Hermansyah sedang menggarap album dangdut yang diperuntukkan bagi Ketua Umum DPP Parti Amanat Nasional Hatta Rajasa dan dalam waktu dekat album ini siap untuk dilancarkan.
Ketua Umum DPP Garda Muda Nasional, organisasi sayap PAN Kuntum Khairu Basa di Jakarta, semalam selepas bertemu dengan Anang dan Ashanty di Pondok Indah Mall, mengatakan kedua2 penyanyi itu terpikat dengan kejayaan Hatta dan berniat menyalurkan aspirasi politiknya pada PAN untuk sama2 berjuang dalam menyokong Menko Ekuin itu melalui karya muziknya.
Anang yang berbaju cokelat muda dan Ashanty dengan baju warna sedondon tidak memberikan penjelasan selepas melakukan perbincangan dengan Ketua DPP GMN itu, termasuk syair atau tema dalam album yang akan dilancarkan.
Penyanyi Jodohku bersama Ashanty itu, menurut Kuntum, memiliki latar belakang keluarga Nahdlatul Ulama dan sekolah pondok. Nanti dalam setiap tampil di daerah mereka akan berkunjung ke sekolah pondok terdekat untuk memperjuangkan aspirasi kader PAN terhadap Hatta.
Anang seperti dikemukakan Kuntum akan menjadi kader GMN dan siap jadi garda terdepan bersama dengan teman2 lain untuk memenangi calon dari PAN.
Ketertarikan Anang bergabung dalam GMN PAN itu nanti akan disampaikan secara rasmi dalam waktu dekat melalui sidang akhbar.
0 comments:
Post a Comment