Kehidupan asmara penyanyi Marry The Night ini ternyata tidak sesukses karier muziknya. Akibat hubungan asmaranya yang tidak pernah sukses dan tidak pernah bertahan lama, kini Lady Gaga mulai khuatir jangan2 dirinya akan membujang seumur hidup.
Kepada Splashnews, Gaga mengakui bahawa dirinya memang tidak tahu apa yang membuat seorang lelaki bahagia. Nampaknya, kegagalan Gaga tersebut bukan kerana dia terkenal, tapi kerana jalan fikirannya yang terlalu kreatif.
Sebelum ini, penyanyi 25 tahun tersebut pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan Taylor Kinney, seorang bintang VAMPIRE DIARIES. Sayangnya hubungan yang bermula indah lagi2 harus kandas di tengah jalan.
Namun, ketika fikiran bahawa dia ditakdirkan hidup single selamanya itu muncul, dia akan beralih kepada cinta pertamanya, iaitu Little Monster. Dia pun berandai2 apa jadinya jika peminat2 tersebut tahu yang Gaga sedang ada masalah dengan seorang lelaki.
0 comments:
Post a Comment