it's about anything. too many to mention...

Tuesday, December 20, 2011

scarlett johansson bakal tinggalkan karier demi bertani?


Cantik dan sukses, itulah gambaran yang tepat untuk Scarlett Johansson. Namun siapa sangka kalau bintang WE BOUGHT A ZOO ini ternyata menginginkan kehidupan yang lain dari hingar bingar dunia Hollywood, iaitu sebagai seorang petani organik yang sukses.

Walaupun sempat merasa tidak selesa dengan kehadiran beberapa haiwan dalam filem WE BOUGHT A ZOO, namun wataknya sebagai penjaga zoo telah banyak memberikan sesuatu yang lain. Seperti dilansir dari Contactmusic, sejak berlakon dalam filem tersebut, dia mulai berfikir untuk menjalani 'kehidupan lain' yang tenang di daerah desa.

Selanjutnya wanita cantik ini juga menjelaskan bahawa tidak akan sukar baginya untuk memulai bisnes tanaman organik, jika waktunya sudah longgar. Ini kerana, dia mempunyai banyak link ke berbagai organisasi non-kerajaan yang tentu akan menunjang usahanya tersebut di kemudian hari.

0 comments: