it's about anything. too many to mention...

Sunday, February 19, 2012

baim wong menyesal putus dengan yasmine


Tidak lagi satu visi, pelakon drama Baim Wong mengakhiri hubungan cintanya dengan Yasmine Wildblood yang belum genap tiga bulan. Menjalani proses bercinta yang cukup serius, Baim pun mengaku ada perasaan menyesal kerana putus.

Ketika ditanya soal penyebab putusnya hubungan mereka, Baim membantah putus kerana kesibukan. Beliau juga menolak anggapan Yasmine tidak mahu menikah sebagai penyebabnya.

Pasangan ini pertama kali bercinta pada hari ulang tahun Dude Harlino, 2 Disember 2011. Belum lama bercinta, masalah besar menerpa kerana salah satu peminat Baim yang tidak setuju pelakon drama tersebut menjalin kasih dengan Yasmine mengupload foto-foto mesra Yasmine dengan sejumlah lelaki.

Ketika ditanya apakah mereka putus kerana ada yang tidak setuju dengan hubungan tersebut, Baim mengelak dengan mengatakan alasan putusnya dengan Yasmine bersifat peribadi.

0 comments: