it's about anything. too many to mention...

Monday, March 5, 2012

akibat pil diet, the kardashians disaman $5 juta


Ketiga2 Kardashian ini memang tidak pernah lepas dari sorotan umum. Setelah pose topless mereka untuk iklan denim beberapa waktu lalu, kini Kim Kardashian, Khloe Kardashian dan Kourtney Kardashian harus berurusan dengan undang2 hanya gara-gara produk pil diet.

Seperti dipetik dari Aceshowbiz, ketiga2 Kardashian ini masuk dalam senarai pihak yang dimintai pertanggungjawaban oleh Bursor & Fisher. Selain mereka QuickTrim dan beberapa butik lain juga disaman kerana dinilai telah melakukan penipuan dengan menyebarkan fakta bohong tentang pil diet QuickTrim.

Sejumlah konsumen yang menolak disebut identitinya mengungkapkan bahawa Kardashian bersaudara telah menipu umum dengan mengatakan bahawa QuickTrim adalah ubat yang manjur untuk mengatasi kelebihan berat badan. Selain itu mereka juga mempromosikan produk tersebut dengan mengatakan bahawa QuickTrim adalah formula yang akan meningkatkan metabolisme, mengurangi nafsu makan dan mengatasi kegemukan.

Namun demikian, umum menilai bahawa promosi itu sepenuhnya bohong. Bursor & Fisher yang mengajukan samannya di New York mengungkapkan bahawa tidak mungkin seseorang boleh mendapatkan tubuh seksi ala Kardashian bersaudara hanya dengan pengambilan pil QuickTrim. Ini kerana, kandungan bahan dalam pil itu sama sekali tidak sesuai untuk diet.











0 comments: