it's about anything. too many to mention...

Monday, March 5, 2012

superman is dead siapkan kejutan


Ditunjuk sebagai pembuka di konsert Avenged Sevenfold tak disia-siakan oleh Superman Is Dead. Mereka berjanji akan memberikan penampilan yang terbaik untuk Outsider2.

Rancangannya trio punk asal Bali ini akan membawakan 13 lagu. Selain itu mereka juga akan menaiki basikal saat naik di pentas. Basikal ini menjadi salah satu aksi yang ingin disampaikan oleh SID kepada penonton2nya.

Tak hanya itu, SID juga akan mengusung 2 anggota tambahan. Anggota tambahan ini untuk melengkapi agar muzik SID lebih hidup. Bobby menegaskan bahawa penampilan SID nanti akan berbeza.

Dari semua persiapan ini SID berharap semua peminatnya datang untuk memberikan sokongan kepada mereka. Jerinx menegaskan bahawa penampilan SID nanti di konsert akan megah dan meriah.

0 comments: