it's about anything. too many to mention...

Thursday, May 24, 2012

Kim Kardashian ternyata penagih dadah?


Kim Kardashian kembali dihentam isu serong yang cukup mengejutkan. Kali ini, sebuah media mengabarkan bahawa artis 31 tahun tersebut mengalami ketagihan ubat ubatan terlarang. Benarkah? 

 Seperti dipetik dari Dailymail, berita itu pertama kali dikupas oleh sebuah tabloid Australia. Dalam berita tersebut disebutkan bahawa bintang KEEPING UP WITH THE KARDASHIANS ini mengambil Valium dan ubat tidur dalam jumlah yang mengkhuatirkan. 

Dalam ulasan tersebut, disebutkan pula bahawa adik Kim, Khloe Kardashian adalah orang pertama yang mengetahui hal itu. Kerananya, dia memberi ultimatum bahawa dia akan melaporkannya pada ibu mereka, Kris Jenner dan kekasih Kim, Kanye West, jika perilaku itu tak dihentikan. 

 Namun demikian, wakil Kim langsung membantah keras isu ini. Jurucakapnya mengatakan bahawa isu ini hanya sebatas isu konyol seperti rumor-rumor yang berkembang sebelumnya.

0 comments: