it's about anything. too many to mention...

Tuesday, June 26, 2012

Audy Item : suami nombor satu!

Paolla Ayodia Item alias Audy akhirnya rasmi disunting oleh bintang filem THE RAID, Iko Uwais. Akad nikah pasangan ini dilangsungkan, Isnin, di Hotel Gran Mahakam, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan. 

 Sama-sama berusia 29 tahun, Iko dan Audy pun memilih mas kahwin dengan berat yang sama dengan usia kedua-duanya, yakni 29 gram emas. Audy yang sebelum ini santer disebut-sebut merebut kekasih Jane Shalimar itu, tampak siap menjadi isteri teladan bagi Iko. Audy pun siap menombor-satukan suaminya daripada pekerjaannya. 

 Menyambut kenyataan Audy tersebut, Iko pun mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan pernah melarang Audy untuk tetap menjalani karier dan pekerjaannya sebagai seorang entertainer. Iko merasa Audy sudah cukup dewasa dan sudah siap menjadi isteri serta menjalankan tanggung jawabnya.

0 comments: