it's about anything. too many to mention...

Thursday, June 28, 2012

Beredar, video pemukulan pengawal Rihanna pada jurugambar


Tampaknya lelaki yang dekat dengan Rihanna harus siap melakukan baku hantam pada suatu hari. Ini kerana selepas Chris Brown dan Drake yang dirumorkan berkelahi kerana penyanyi kelahiran Barbados itu, kini giliran pengawal Rihanna. 

 Seperti dipetik melalui Aceshowbiz, pengawal Rihanna memukul seorang jurugambar laman dunia maya. Insiden itu terjadi pada akhir minggu lalu di London. 

 Menurut Showbiz, kejadian bermula ketika penyanyi lagu Umbrella itu keluar dari sebuah kelab. Kerana terlalu dekat dengan Rihanna dan tak mahu memberi jalan untuk masuk kereta, pengawal bekas Chris Brown ini dengan sigap memukul wajah jurugambar itu. 

Setelah kejadian itu, Rihanna tak mahu berkomen banyak. Bahkan ketika video pemukulan itu beredar luas di jagad internet. 

 Tak begitu peduli, dengan bergembira Rihanna malah memposting fotonya bersama Justin Bieber wannabe di twitter.

0 comments: