it's about anything. too many to mention...

Sunday, June 24, 2012

Ditanya bila nikah, Desy Ratnasari bingung

Dikhabarkan telah menikah kembali dengan kekasihnya, Irwan Danny Musri, Desy Ratnasari telah membantah dan bingung harus menjawab bila beliau akan menikah kembali. Hubungan yang sudah tujuh tahun terjalin, selama itu pula, Desy mencuba mengenalkan kekasihnya kepada anak tunggalnya, Nasywa Nathania Hamzah (10). 

 Selain anak perempuannya, Desy mengaku kekasihnya itu adalah motivator handal bagi dirinya. Menurut perempuan yang kini berusia 38 tahun itu, beliau selalu disokong oleh Irwan untuk melakukan apapun yang beliau suka selama ada dalam koridor yang benar. 

Bertahun-tahun menjalin hubungan, Desy dan Irwan sudah sama-sama tahu. Sayang, kedua-duanya belum mahu membawa hubungan mereka ke jinjang pernikahan. Khabarnya, Desy belum mendapatkan restu dari ibu kekasihnya. Wanita cantik ini malah bingung untuk menjawab bila pernikahannya akan dilangsungkan.

0 comments: