it's about anything. too many to mention...

Tuesday, June 26, 2012

Inikah permintaan terakhir Amy Winehouse pada bekas suami?


Kisah cinta Amy Winehouse dengan Blake Fielder-Civil memang boleh dikatakan rumit. Ini kerana, walaupun rumah tangga mereka dibumbui kekerasan, namun hati Amy rupanya sudah terlanjur tertambat pada lelaki tersebut. 

 Bahkan setelah mereka bercerai pada tahun 2009, Amy masih menyimpan cinta yang amat dalam pada Blake. Hal itu terbukti dari surat yang ditulis Amy untuk bekas suaminya. 

Seperti dipetik dari Dailymail, wanita yang meninggal di usia 27 tahun tersebut rupanya sangat ingin memiliki anak dari Blake. Baginya, kehamilan adalah hadiah valentine terindah yang sangat diidamkannya. 

 Fakta ini terungkap saat Georgette, ibu Blake, mendedahkan keterangan ini pada The Sun. Wanita itu mengungkapkan bahawa anaknya pernah menunjukkan isi surat itu padanya.

0 comments: