Selebriti Hollywood yang kerap bergumul dengan masalah, Lindsay Lohan, kembali mendapat musibah. Beliau mengalami kemalangan kereta dan kini harus dirawat di hospital kerananya.
Lohan yang kala itu memandu Porsche hitamnya dikhabarkan berlanggar dengan trak 18 tayar saat sedang memandu di Pacific Coast Highway. Pembantunya diyakini berada dalam satu kereta dengannya ketika kemalangan tersebut terjadi.
Laman TMZ melaporkan bahawa kemalangan tersebut sangat parah sampai-sampai kaca depan keretanya pecah berkeping-keping dan bumper belakangnya terlepas dari badan kereta.
Aktres berusia 25 tahun ini langsung dibawa ke UGD di LA Hospital. Meski demikian polis Santa Monica mengungkapkan bahawa cedera yang dialami Lohan tak parah.
Mengenai berita kemalangan ini, seorang sumber menguatkan kenyataan polis dengan mengatakan bahawa beliau sudah berbicara dengan Lohan secara langsung.
0 comments:
Post a Comment