Dewa 19 memang pernah merajai belantika muzik Indonesia pada era 90an. Berbagai hits mereka pun telah menjadi santapan sehari-hari anak-anak muda pada masa itu. Tak hairan jika di setiap tempat 'lepak', lagu-lagu Dewa 19lah yang diputar.
Namun seiring perjalanan waktu, hal yang lazim di dalam band iaitu berganti-ganti anggota pun terjadi. Era awal, vokalis Ari Lasso pun digantikan oleh Once. Erwin Prasetyo, Wong Aksan, Yuke, Tio Nugros, pun silih berganti mengisi tempat.
Dan di konsert Mahakarya Ahmad Dhani Dewa 19, lagu-lagu Dewa 19 pun dihadirkan dengan format lawasnya, iaitu vokalis Ari Lasso dan Yuke sebagai pemain bassnya serta tak ketinggalan Andra sebagai pemain gitar yang masih setia bersama Dhani sebagai anggota lama yang masih bertahan.
Intro Mukadimah mengalun, lalu barisan marching band dan tentera pun mengawal Ari Lasso, Yuke, Andra ke depan pentas. Dan lagu Restu Bumi menjadi pembuka aksi Ari Lasso.
Elang menjadi lagu selanjutnya. Kali ini Ari Lasso menempatkan diri di depan layar besar yang menjadi backdrop konsert ini yang mendadak berwarna gelap dan hanya memperlihatkan sayap-sayap putih, memberikan kesan Ari Lasso layaknya manusia bersayap.
0 comments:
Post a Comment