it's about anything. too many to mention...

Sunday, June 24, 2012

Tertarik budaya Batak, Iwan Fals ciptakan lagu 'Mursala'

Filem layar lebar berjudul 'Mursala' produksi Raj's Production akan dirilis Disember tahun ini. Penyanyi legenda Iwan Fals pun menciptakan lagu khusus untuk mengisi sountrack-nya. 

 Menurut eksekutif produsernya Anna Sinaga, Iwan Fals sangat teruja menggarap lagu tersebut. Iwan tertarik kerana filem itu mengangkat budaya Batak dan keindahan panorama daerah Tapanuli Tengah, Sumatera Utara. 

 Kata Anna, lagu 'Mursala' digarap Iwan bersama arranger muzik Iwang Noorsaid. Lagu tersebut telah selesai digarap dan sedang dalam proses penyempurnaan di Kuala Lumpur, Malaysia. 

 Filem yang diarahkan Viva Westi itu dibintangi sejumlah aktres dan aktor ternama. Di antaranya Rio Dewanto, Titi Sjuman, Mongol, Tio pakusadewo, Rudy Salam, Roy Ricardo, Elsa Syarief, Bonaran Situmeang, dan juga Anna Sinaga.

0 comments: