Tour MDNA ini memang membawa sejuta kontroversi. Jika beberapa waktu lalu Madonna sempat dikecam gara-gara menampilkan logo swastika di konsertnya, kini masalah semakin meruncing.
Seperti dipetik dari Digital Spy, parti Front Nasional Perancis memutuskan untuk melayangkan gugatan ke mahkamah sehubungan dengan penggunaan lambang itu. Marine Le Pen, selaku ketua parti, mengungkapkan bahawa tindakan Madonna itu memang tidak sesuai.
Menurut laporan, gugatan akan masuk ke mahkamah minggu ini juga. Sejak awal, Le Pen memang telah mengutuk penampilan yang menurutnya sangat melecehkan Perancis ini.
0 comments:
Post a Comment